Selamat Datang Ke Laman Web
Masjid Prima Beruntung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera

Ayuh Bina Rumah Allah Bersama Kami

Satu Sumbangan Anda, Satu Saham Akhirat Yang Kekal Abadi

Di atas tanah seluas 3.66 ekar, akan tertegaknya sebuah masjid berkeluasan hampir 28,000 kaki persegi yang mampu menampung sehingga 1,700 jemaah pada satu masa.

Kami memerlukan RM6.5 juta bagi merealisasikan pembinaan Masjid Prima Beruntung. Sebuah pusat ibadah dan khidmat komuniti untuk generasi hari ini dan akan datang.

Setiap ringgit yang anda sumbangkan adalah pelaburan akhirat yang tidak akan pernah rugi.

Masalah & Keperluan

Kenapa Masjid Ini Perlu Dibangunkan?

Kawasan sekitar Perumahan Anggerik Bukit Beruntung, Perumahan Mawar Bukit Beruntung, Perumahan Adenium Bukit Beruntung, Kampung Bukit Manchung, kawasan industri BB 4 serta kawasan sekitarnya kini semakin pesat membangun.

Pertambahan penduduk dan pekerja industri menyebabkan:
Masjid Prima Beruntung Jemaah Berhimpit

Ruang ibadah sedia ada tidak lagi mencukupi

Program keagamaan terhad kerana kekangan fasiliti

Aktiviti kariah dan pendidikan Islam tidak dapat dijalankan secara optimum

Berdoa

Generasi muda kekurangan pusat pembinaan sahsiah dan rohani

Tanpa pembinaan masjid baharu ini, komuniti akan terus bergantung kepada ruang yang terhad dan tidak mampu menampung keperluan masa depan.

Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi ia adalah pusat penyatuan ummah.

Bayangkan…

Setiap kali azan berkumandang,
Setiap saf yang dipenuhi jemaah,
Setiap bacaan Al-Quran,
Setiap kelas agama anak-anak kecil,
Setiap majlis ilmu dan doa yang dipanjatkan…

Nama anda turut tercatat sebagai penyumbang kepada terbinanya rumah Allah ini.

Walaupun kita sudah tiada di dunia ini suatu hari nanti,
pahala akan terus mengalir tanpa henti. Insya-Allah

Inilah wakaf yang hidup.
Inilah peluang membina saham akhirat yang kekal.

Jangan Tangguh Peluang Ini

Maklumat Pembangunan Masjid

🎯 Sasaran kutipan: RM6,500,000


📍 Lokasi: Lot 21029 & 20165, Prima Beruntung, Seksyen 20, Bandar Serendah, 48300 Rawang, Selangor


📐 Keluasan tanah: 3.66 ekar


🏗 Keluasan lantai: 28,000 kaki persegi

*gambaran masjid yang bakal dibina

Bagaimana Anda Boleh Membantu Dalam Pembangunan Ini?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina rumah Allah ini. Setiap sen yang anda sumbangkan adalah bekalan yang akan menanti anda di akhirat kelak.

Seiiring dengan potongan hadis dibawah:

Pahala belanja dijalan Allah S.W.T berganda...

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Kebenaran Pembinaan Masjid oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Jangan Tangguh Peluang Ini

Jangan Tangguh Peluang Ini

RM10, RM50, RM100 atau lebih,

setiap sumbangan anda mendekatkan kita kepada pembinaan Masjid Prima Beruntung.

Hari ini kita diberi kemampuan.
Esok belum tentu peluang ini masih ada.

Anda boleh salurkan sumbangan ke akaun:

8600610762

Atau Menggunakan FPX / QR Code

Klik butang di bawah dan jadilah sebahagian daripada sejarah pembinaan rumah Allah ini.

Jawatankuasa

BilJawatanNama
1PengerusiUstaz Dr Muhammad Azhar bin Hj Zailani
2Timbalan PengerusiUstaz Mohd Roslan bin Mohamad Isa
3SetiausahaEn Azmi bin Abdul Rahman
4BendahariEn Rozliham bin Ali
5Ahli JawatankuasaTuan Syed Harun b Tuan Besar
6Ahli JawatankuasaDr Hj Salim bin Said Mohamad
7Ahli JawatankuasaUstaz Mohd Hadie Bin Zulkaupali
8Ahli JawatankuasaEn Abdul Masrin bin Sarif
9Ahli JawatankuasaEn Raihan bin Mahmad
10Ahli JawatankuasaEn Muhd Sirajuddin bin Ahmad Dahalan
11Ahli JawatankuasaEn Muhammad Fariq
12Ahli JawatankuasaEn Mohd Khairul Anuar bin Abdullah
13Ahli JawatankuasaEn Izul Murad bin Jahaya
14Ahli JawatankuasaEn Zamzuri
15Pemeriksa Kira-KiraHj Johari bin Hassan
16Pemeriksa Kira-KiraHj Shaharuddin bin Puteh